Thursday, February 14, 2013

Kelipan Mata ..

Assalammualaikum ..
setelah sekian lama aku membiarkan blog ini terkubur .. tapi kali ini hati aku terdetik untuk membukanya kembali .. aku membaca setiap hasil nurkilan aku suatu ketika dahulu .. ternyata aku tersenyum Dan ketawa seorang diri .. hahahaa .. begitu banyak kisah yang pernah aku coretkan disini .. tapi entah mengapa aku merasakan aku perlu membuang semua kenangan itu .. kali ini aku mengikut kehendak hati .. aku membuang satu persatu kisah yang pernah aku lalui dahulu ..Tepat jam 5.30 am .. aku masih tidak dapat melelapkan mata , mengapa ? Didalam keheningan pagi ini aku terasa seakan terpanggil .. fikiran aku jauh melayang entah kemana .. tersedar aku seketika .. aku membelek fon ditangan .. aku membuka satu persatu folder tanpa tujuan .. sekilas pandangan aku terpandang wajah insan yang aku cinta .. hati aku mula bertanya .. dimana dia ? apa khabar dia ? adakah dia sihat ? adakah dia ingat pada aku ? perasaan aku mula berubah .. arrgghh !!! menjerit hati ini dalam diam .. aku mula resah ingatkan dia .. tidak senang duduk aku apabila terpandang gambar dia tadi .. sesungguhnya hati aku berasa sakit .. sakit hati aku kerana rindukan dia .. si dia yang pernah mewarnai hari hari aku .. owh tuhan .. mengapa ujian sebegini yang engkau berikan hambamu ini ? bukan niat aku untuk merungut tapi ada ketika hati aku memberontak .. aku seakan mengalah dengan ujian yang telah Engkau berikan padaku .. namun aku tetap bersabar kerana aku percaya akan nikmat yang akan kau berikan padaku .. Ya Allah ! adakah hari hari ku akan terus berlalu sebegini ? ada masa dan ketika aku meraung sendirian .. walaupun aku memancarkan 1001 senyuman dan gelak tawa setiap hari .. aku terfikir sampai bila aku harus begini ? hidup dibalik topeng boneka yang menyembunyikan realiti kehidupan aku seharian .. hati aku menjerit ! namun jasad aku tersenyum kegembiraan .. aku tidak pandai untuk meluahkan apa yang aku pendam pada seseorang .. aku selesa berkias .. kiasan bahasa sama seperti kiasan wajah aku .. kenali , fahami dan kau akan tahu rahsia hati ini .. ada banyak cerita yang ingin aku kongsi bersama .. cerita Bisikan Berbisik dalam bisikan ada jeritan ..

to be continue ...

No comments:

Post a Comment